Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 12, 2015

[KUANTAN] IKIP TERUS BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT




12.10.2015. - Kolej IKIP terus berbakti kepada masyarakat dalam program amal pelajar-pelajarnya dalam Program Kebajikan Dan Sukarelawan "Sejenak Bersama".

Dalam program terakhirnya hujung minggu lalu, Lebih 35 pelajar dan sukarelawan Kolej Ikip mengadakan program kebajikan dan sukarelawan membantu Rumah Anak-Anak Yatim Dan Miskin Orang Asli Warisan Setia Damai di Sungai Soi, Kuantan.

Ketua programnya, Abdul Wafi Nor Azmi berkata projek ini mendapat bantuan kewangan dan hadiah-hadiah sumbangan daripada syarikat swasta sekitar Kuantan dan Terengganu. Di samping itu sukarelawan turun membantu mengecat bangunan asrama dan sekolah anak yatim ini. Pada masa terdekat nanti, sukarelawan Ikip akan membina perpustakaan baru untuk rumah anak yatim ini.

Sukarelawan Ikip terdiri daripada pelajar Diploma Kewartawanan dan Diploma Perniagaan Pemasaran.

Pengetua Rumah Anak-Anak Yatim Dan Miskin Orang Asli Warisan Setia Damai Marlia Chen berterima kasih kepada sukarelawan Ikip dan berharap lebih ramai dermawan datang membantu anak-anak yatim di sini terutamanya dalam persekolahan mereka.


           

0 comments:

share2