Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 8, 2015

KES LETUPAN BOM GUA MUSANG: ANAK MANGSA DITAHAN REMAN




Seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai suspek dalam kes letupan pada motosikal yang menyebabkan sepasang suami isteri warga emas maut, semalam telah ditahan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah dikeluarkan oleh Majisteret Mohd Izuddin Mohd Shukri terhadap suspek yang juga merupakan anak mangsa kira-kira jam 9.30 pagi tadi.


Suspek tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Gua Musang pada jam 8.30 pagi dengan diiringi dua anggota polis.

Difahamkan, ini bukan kejadian pertama kerana sebelum ini suspek dikatakan pernah ‘mengebom’ motosikal milik ibu bapa angkatnya itu kira-kira tiga bulan lalu namun tiada laporan polis dibuat.

Mangsa, Cha Mok Liong, 72, dan isterinya, Fong Ah Fong, 72, meninggal dunia dalam keadaan mengerikan apabila motosikal yang mereka naiki meletup secara tiba-tiba kira-kira jam 9 pagi, semalam.

Kejadian di Kampung Pulai, Gua Musang itu mengakibatkan mayat kedua-dua mangsa berkecai dan tercampak ke kawasan semak berhampiran.

Berikutan itu, pihak polis menahan seorang suspek yang juga anak angkat mangsa di rumahnya kira-kira sejam selepas kejadian.

0 comments:

share2