Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 13, 2015

ISU JUARA AF: SAYA TAK KENAL SIAPA MICHAEL ANG - EDRY





Seperti umum mengetahui, program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 telah pun melabuhkan tirainya Ahad lalu dengan menyaksikan kemenangan berpihak kepada anak kelahiran Singapura, Sufi selaku Juara.

Bagaimanapun, keputusan rancangan hiburan itu mengundang rasa tidak puas hati segelintir pihak, antaranya pengarah drama terkenal Michael Ang yang lantang bersuara menerusi laman Twitternya.

Michael-Ang-Luah-Tidak-Puas-Hati-Keputusan-Af-2015-ROTIKAYA_intext


Pada masa yang sama, hal itu turut mendapat perhatian Pengetua AF 2015, Edry yang menyifatkan pendapat Michael Ang langsung tidak relevan.

“Saya tak kenal pun siapa Michael Ang dan dia tidak relevan dalam bidang muzik. Memanglah semua orang termasuk dia ada pendapat, tetapi luahan daripada orang bukan dalam muzik seperti dia tidak penting bagi saya.

“Lainlah jika yang mempertikaikan itu ialah penggiat muzik, itu kita boleh ambil perhatian pendapat mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, kenyataan yang dikeluarkan Michael ketika konsert akhir berlangsung kelmarin, turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Sementara itu, Michael turut menjelaskan di Twitternya bahawa kenyataan yang dikeluarkan mengenai AF2015 itu hanyalah gurauan semata-mata dan bukan berniat mahu mempertikai mana-mana pihak.

0 comments:

share2