Sambutan Hari Sukan Negara bukan sekadar mencari bintang sukan untuk masa hadapan tetapi untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup bersukan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, hanya 40 peratus rakyat Malaysia terbabit dalam aktiviti kecergasan berbanding negara maju seperti Jepun dan United Kingdom yang sudah mencapai 70 peratus.
Katanya, sekiranya lebih ramai rakyat khusus golongan muda terbabit dalam sukan, lebih mudah untuk mencari bintang pada masa hadapan.
“Saya sudah bosan melihat pasukan bola sepak kita kalah 10-0, saya sudah bosan kerana sudah sekian lama kita tidak menang pingat emas di Sukan Olimpik.
“Di manakah nak cari pengganti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David, Azizulhasni Awang dan Pandelela Rinong sekiranya rakyat tidak bersukan,” katanya berucap di Padang Kawad Universiti Teknologi Mara (UiTM) sempena Hari Sukan Negara, semalam.
0 comments:
Post a Comment