Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 9, 2015

BUDAK DICULIK DITEMUI SEMULA

culik



Shah Alam – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang diculik daripada ibunya di hadapan sebuah tadika di Sungai Chua, Kajang kira-kira jam 9 pagi tadi ditemui semula pada petang ini.

Memetik laporan sebuah portal, kanak-kanak tersebut dihantar oleh seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam.

Dilaporkan pemandu teksi tersebut menghantar kanak-kanak terbabit di kediamannya di Kajang 5.35 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Willey Anak Richard, kanak-kanak itu dalam keadaan sihat dan telah dihantar untuk pemeriksaan doktor.

“Tindakan siasatan diteruskan,” katanya.

0 comments:

share2