Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 23, 2015

ANGKARA KAWAN BAIK


Angkara kawan baik


Kuala Lumpur - Angkara kawan baik, Naib Ketua Pemuda Gerakan Bahagian Bukit Bintang, Philiph See dibelasah sekumpulan ah long di Genting Higlands pada 16 Oktober lalu.

Philiph berkata, semuanya bermula apabila kawannya itu bertindak menggadaikan keretanya sebagai jaminan untuk membuat pinjaman dengan ah long.

“Masa dia ambil kereta dari rumah saya, saya ada di Pulau Pinang atas urusan kerja luar. Dia bohong mak saya untuk ambil kereta itu.

“Bila saya balik, saya tengok kereta saya dah tak ada dan mak saya beritahu dia pinjam. Saya kemudian desak dia beritahu kat mana kereta itu, kemudian barulah dia mengaku dah bagi pada ah long,” katanya pada sidang media bersama Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam, Parti Gerakan, Wilson Lau Hoi Keong.

Tambah beliau, untuk mendapatkan semula keretanya, kawannya meminta dia menghantar wang bayaran kepada ah long yang mahu berjumpa di Genting Highlands.

Katanya, ah long tersebut meminta wang berjumlah RM4,850, namun yang diberikan kawannya hanya RM4,000 sahaja.

“Saya hubungi ah long itu untuk jelaskan yang kereta itu milik saya dan bukannya saya yang berhutang. Jadi saya minta bayaran diturunkan ah long itu kemudian setuju kurangkan RM600.

“Tapi masa dalam perjalanan ke sana, ah long telefon saya beritahu dia tetap mahu RM4,850. Masa tu kawan saya ada bersama, rampas telefon dan tengking tidak mahu bayar.

“Tapi saya tetap pergi jumpa ah long kerana kawan saya mahu tunggu di tempat lain. Masa tu saya cakap pada ah long jangan libatkan orang lain yang tak ada kena-mengena dengan urusan mereka. Tak semena-mena lapan orang datang pukul saya,” katanya.

Disebabkan insiden itu, Philips mengalami cedera retak tulang rusuk, luka di tangan, hidung dan kepala.

Berikutan kejadian itu, satu laporan polis dibuat di Bentong terhadap kumpulan ah long berkenaan.

Dalam pada itu, Wilson berkata, pihaknya akan memohon agar polis membuat siasatan dan tangkapan kerana kekerasan yang dilakukan terhadap Philips yang menjadi mangsa keadaan.

0 comments:

share2