Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 6, 2015

60 UNIT PONDOK MADRASAH TERBAKAR


60 unit pondok madrasah terbakar


Pasir Mas - Sebanyak 60 unit pondok di Madrasah Ad-Diniah Gelang Mas di sini terbakar dalam kejadian jam 8.15 malam tadi.‎

Kejadian itu berlaku ketika semua pelajar madrasah berkenaan sedang mengikuti kelas mengaji di masjid yang terletak tidak jauh dari pondok tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohamad Nazri Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.24 malam dan tiba dilokasi 17 minit kemudian.

"Ketika kami sampai sudah 50 peratus kawasan tersebut musnah terbakar dan api berjaya dikawal setengah jam kemudian.

"Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan dan operasi ini melibatkan seramai 24 anggota dari tiga buah balai iaitu Pasir Mas, Kota Bharu dan Tunjong," katanya.

Menurutnya, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Katanya, pihaknya berdepan sedikit kesukaran kerana kawasan pondok tersebut terlalu rapat selain binaanya yang diperbuat dari kayu.

0 comments:

share2