Kuala Lumpur - Seorang tentera laut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan memiliki telefon bimbit yang mengandungi bahan berkaitan kumpulan pengganas militan IS, bulan lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Zakariya Ahamd, 27, dihadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.
Mengikut kertas pertuduhan, Zakariya didakwa memiliki imej yang mempunyai lambang kumpulan pengganas di bilik tetamu bangunan kem komanden Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 9.05 pagi 19 Oktober lalu.
Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Mohd Izhar mengikut Seksyen 130 J B (1)(a) Kanun Kesekaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 30 Oktober depan untuk sebutan semula bagi memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.
0 comments:
Post a Comment