Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 4, 2015

TATOO ALLAH: EKSTRADISI SEGERA ALVIN


Tatoo ALLAH: Ekstradisi segera Alvin


Putrajaya - Pemuda Umno bersama NGO Pemikir Muda Malaysia hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi tujuan meminta kerajaan mengekstradisi segera Alvin Tan ke Malaysia.

Exco Pemuda Umno, Mohd Rafiq Naizamohidden berkata kes terbaharu Alvin membabitkan tulisan tatoo ALLAH dipehanya begitu sinis menghina Islam, oleh itu tindakan mengekstradisi dia perlu dilakukan segera.

"‎ Tindakan provokasi melampau ini telahpun menyebabkan berpuluh-puluh laporan polis telah dibuat ke atas Alvin, namun ia dilihat tidak memberi sebarang kesan kepadanya, malahan dia masih bebas dan bersuka ria di luar negara.

"Atas dasar itu saya dan rakan-rakan seperjuangan mewakili umat Islam di negara ini mendesak agar KDN dan Kementerian Luar agar dapat bekerjasama erat dalam hal ini bagi mengekstradisi Alvin ke Malaysia agar dia dapat dikenakan tindakan tegas dan paling berat mengikut proses perundangan dan undang-udang di Malaysia," katanya kepada media di Ibu Pejabat KDN Putrajaya hari ini selepas menyerahkan memorandum itu menerusi wakil Ahmad Zahid.

Mengulas lanjut, Mohd Rafiq berkata tindakan tegas itu penting kerana ia dapat memberi pengajaran kepada semua pihak agar tidak sama sekali mengikut jejak langkah Alvin tersebut.

Terdahulu Alvin dalam posting terbaharu di Facebooknya menulis bahawa 'ALLAH ada bersamanya'.

"Tak banyak orang yang tahu, aku ini sebenarnya bertatoo nama ALLAH yang maha penyayang, di belakang peha aku," sambil menampilkan gambar tatoo ALLAH tersebut.

0 comments:

share2