Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 4, 2015

WANITA PKR ANGGAP PAS PARTI MUNDUR!




Kuala lumpur – Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggangap PAS sebagai sebuah parti yang mundur dan hidup dalam zaman jahiliyah kerana menjadikan wanita sebagai cagaran dalam politik melalui bai’ah parti itu.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, PAS sebuah parti yang tidak munasabah kerana sanggup memperjudikan nasib isteri-isteri ahlinya demi kepentingan politik parti itu.

“Jika inilah keadaan politik yang diamalkan, akhirnya wanita dan keluarga akan terus menerus menjadi bahan mainan politik tidak matang.

“Mana mungkin demi kepentingan politik parti, rumahtangga diperjudikan dengan menceraikan pasangan secara tidak langsung,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebelum ini menegaskan perkahwinan bekas pemimpin parti itu terbubar dengan talak tiga secara automatik kerana melanggar baiah yang pernah dilafazkannya dengan menyertai parti lain.

Malah, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad turut menasihati wakil rakyat PAS negeri itu yang menyertai parti lain merujuk status perkahwinan di mahkamah syariah.

Zuraida berkata, bai’ah PAS turut menimbulkan keraguan ke atas Islam kerana membezakan antara Islam dan keluarga.

Malah, dakwanya, Tindakan mengingkari bai’ah PAS itu juga diletakkan seolah-olah sama taraf seperti keluar dari agama Islam.

“Bukankah talaq adalah perkara yang paling tidak disukai Allah S.W.T walau ada hukum yang diharuskan. Ia adalah satu rahmat yang diberi oleh Allah bagi suami isteri yang benar-benar memerlukannya.

“Tidak wajar jika terputus hubungan suami isteri, bukan kerana krisis dan ketidaksefahaman tetapi disebabkan perkara luar dari urusan peribadi mereka,” katanya.

Justeru, kata beliau, bai’ah PAS menimbulkan kekeliruan dan penyalahgunaaan objektif asal peruntukan yang diberikan oleh Allah S.W.T.

“Kita bukan hidup di zaman jahiliyah sedangkan Allah S.W.T sendiri mengangkat wanita dalam Al-Quran serta merta apabila mendengar keluhan Khawlah terhadap suaminya,” katanya.

1 comments:

  • Anonymous says:
    September 5, 2015 at 6:27 AM

    Hoi Zuraida, kenapa sekarang baru nak komen????

    Dulu masa PAS dalam Pakatan Rakyat, isu ni tak timbul pun...

share2