Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 21, 2015

SIKAP PEGAWAI MAYBANK TANAH MERAH YANG KETERLALUAN




Pada minggu lepas, saya telah mengambil borang untuk staf saya bagi membuka akaun simpanan peribadi memandangkan semua urusan pembayaran gaji syarikat melalui cek Maybank.

Dan semasa di kaunter pertanyaan. Saya dimaklumkan jika ada surat dari pihak syarikat yang dia bekerja, maka perlu deposit RM50 sahaja. Berbanding prosedur biasa RM250. Ini memudahkan staf saya memandangkan dia baru sahaja bekerja.

Selang sehari selepas itu, saya pergi sekali lagi ke cawangan tersebut dan berjumpa dengan seorang lagi staf maybank yang lain bertanyakan betul atau tidak kalau saya buat surat syarikat. boleh deposit RM50 sahaja. Beliau mengatakan “YA BETUL”.

Pagi tadi 20hb September 2015. pukul 9 pagi. Staf saya pergi ke cawangan tersebut untuk menghantar borang yang sudah diisi. Staff lelaki di kaunter 1 merujuk ke pegawai wanita di belakangnya berserta surat dari syarikat saya.

Malangnya pegawai wanita tersebut mengherdik dengan mengatakan “Syarikat awak kerja bukanlah syarikat besar-besar macam di KL. Dia menambah, “bukan duit beribu-ribu pun masuk”. Lalu beliau mengarahkan pekerjanya di kaunter tadi untuk mengekal seperti prosedur asal iaitu RM250.

Sikap pegawai wanita tersebut sungguh keterlaluan. Menghina syarikat kecil saya serta memalukan staf saya di hadapan orang. Saya agak kecewa dan terguris memandangkan semua syarikat dan anak syarikat saya merupakan pelanggan setia Maybank.

Staf saya terpaksa balik kerumah orang tuannya untuk meminjam RM200 bagi urusan tersebut. Ini menyusahkan staff saya yang menaiki motor jauh ke rumah.

Ini bukan soal RM50 atau RM250. Tapi sikap pegawai tersebut yang anguh, sombong, dan memalukan jenama besar seperti Maybank!

Jika kami salah, mohon diberitahu dengan cara baik. Apatah lagi sudah 2 kali saya bertanya dengan 2 orang staf maybank sebelum saya buat surat tersebut!

Jangan ingat kamu seorang pegawai, kamu boleh mengherdik syarikat kecil seperti kami. Kamu mungkin tidak tahu syarikat besar bermula dari syarikat kecil seperti kami.

Saya akan buat surat rasmi untuk dihantar ke ibu pejabat Maybank Kuala Lumpur.

Sekian,
Saya Hilmi Ariffin.


2 comments:

  • Anonymous says:
    September 21, 2015 at 4:30 PM

    AdA baiknya buka lebih byk bank di malaysia. Alrajhi bank cuma kenakan rm20.00 utk buka akaun bank. mungkin jauh sikit tp x perlu byr rm250.

  • Anonymous says:
    September 21, 2015 at 5:28 PM

    Boikot je Maybank. Buka akaun bank lain

share2