Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 27, 2015

SEKOLAH DI PAHANG, TANJUNG MALIM DIARAH TUTUP ESOK


Jerebu


Kuala Lumpur - Setelah semua sekolah di beberapa kawasan termasuk Selangor dan Kuala Lumpur diarah tutup esok ekoran jerebu teruk yang melanda negara, sekolah di Pahang dan Tanjung Malim juga diarahkan untuk berbuat demikian esok.

Ia berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga jam 4 petang tadi menunjukkan bacaan tidak sihat iaitu 101-200 dan sangat tidak sihat (201-300).

Perkara itu diumumkan Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini.

"Jabatan Pendidikan Daerah berkenaan hendaklah memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan ini dengan segera," demikian menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan tiga daerah di Sarawak - Sri Aman, Kuching dan Samarahan - ditutup, esok.

Bacaan IPU di semua kawasan berkenaan hari ini menunjukkan paras tidak sihat atau sangat tidak sihat.

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik manakala 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas berbahaya.

0 comments:

share2