Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 30, 2015

[RAUB] MAHU SAMAN JAIP TINDAKAN BIADAP


Mahu saman Jaip tindakan biadab‎


Seramai 34 pegawai seranta (Felda) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Pahang membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Raub berikutan tindakan DAP menyelar tindakan Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (Jaip) berkaitan isu teks khutbah Aidiladha sebelum ini.

Wakil mereka, Abd Aziz Abas berkata, pegawai seranta negeri ini menyokong tindakan dan pendirian Mufti Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Othman untuk tidak tunduk dengan desakan DAP.

Abd Aziz dalam laporannya berkata, tindakan Adun Mentakab, Tengku Zulpuri Tengku Puji dianggap sebagai tindakan yang mencabar institusi agama Islam negeri ini.

“Tindakan Adun Mentakab terbabit tidak hanya mencabar kredibiliti, malah mencemar kesucian institusi agama Islam negeri ini di bawah naungan Teramat Mulia Tuanku Sultan Pahang sebagai Ketua Agama.

“Tindakan biadab kerana mahu menyaman Jaip kerana isu teks khutbah itu dilihat sangat berbahaya kepada kaum Melayu Islam yang sanggup mempertahankan politik dengan menolak pegangan agama yang dianuti,” katanya.

Menurutnya, pegawai Seranta negeri ini menyokong Dr Abdul Rahman menerusi teks khutbah yang digubal menuntut umat Islam di negara ini untuk bersatu padu tanpa mengira pegangan politik.

“Teks khutbah terbabit tidak hanya memberi teguran kepada parti DAP sahaja, malah ia merupakan satu nasihat dan bukan hukuman.

“Ia menghairankan apabila nasihat ke arah sesuatu yang baik tidak dapat diterima,” katanya.

Beliau berkata, tindakan Tengku Zulpuri itu secara tidak langsung meragui kredibiliti alim ulama dan cendiakawan Islam.

“Tindakan meragui teks khutbah disediakan alim ulama dan cendiakawan Islam ini dianggap seperti mempunyai kefahaman agama yang lemah.

“Malah, mempertikaikan teks khutbah terbabit dan mahu menyaman pihak terlibat juga dianggap sebagai satu tindakan tidak bijak,” katanya.

Katanya, Seranta merupakan agensi pertama membuat laporan polis berkaitan isu itu.

0 comments:

share2