Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 22, 2015

PR2.0: PAS TIDAK HADIRI PERSIDANGAN MEJA BULAT


Tuan Ibrahim Tuan Man


Shah Alam - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata buat waktu ini pendirian Pas adalah masih berkerjasama dengan PKR tetapi tiada jalinan kerjasama antara Pas dengan DAP mahupun Parti Amanah Negara (Amanah).

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, namunpun begitu Pas terus bersama pembangkang dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan menentang salahguna kuasa, rasuah dan penyelewengan dana awam terutamanya isu 1MDB kerajaan Umno-BN.

"Pas menghargai jemputan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ke meja bulat pembangkang hari ini, namun Pas memilih untuk tidak menghadirinya.

"Pas akan menumpukan sepenuh tenaga menguatkan jentera parti dari segala sudut terlebih dahulu sebagai persiapan menghadapi Umno-BN di PRU14," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, perjumpaan antara Pas dan PKR akan diadakan dari semasa ke semasa dan sentiasa menilai apa jua isu antara kedua parti sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang.

Terdahulu bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik usaha mengadakan rundingan meja bulat bagi membentuk semula gabungan dalam PR2.0.

Anwar berkata, ini merupakan langkah awal yang penting bagi mewujudkan muafakat melibatkan semua pihak termasuk parti politik, NGO dan individu demi membawa perubahan kepada negara.

“Saya terima baik usaha rundingan meja bulat yang akan disertai wakil Pas, PKR, DAP, Amanah serta NGO lain,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

0 comments:

share2