Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 6, 2015

MP SABAH, S'WAK AKAN PASTIKAN NAJIB KEKAL PM


Najib Tun Razak


Kuala Lumpur - Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi jaminan Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak tidak akan membenarkan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa ke Parlimen.

Abdul Rahman berkata, perkara itu mempunyai asasnya berdasarkan sumbangan besar Najib terhadap pembelaan masyarakat Sabah dan Sarawak berbanding lima Perdana Menteri sebelumnya.

"Datuk Seri Najib masih PM terbaik untuk Sabah dan Sarawak, dia sudah lakukan lebih daripada mana-mana PM sebelum ini.

"Orang Sabah melihat Najib adalah seorang PM yang telah memberikan kita banyak bantuan, keprihatinan, jawatan yang mana PM sebelum ini tidak pernah berbuat demikian," katanya pada sidang media selepas lawatan di PPR Wangsa Sari, Wangsa Maju, di sini, semalam.

Sebelum ini, kecoh dengan laporan adanya usaha untuk menggulingkan kerajaan dan menjatuhkan Najib melalui cara tidak demokratik termasuk undi tidak percaya dipercayai didalangi oleh tokoh dalam Umno.

Ini termasuk komplot menggunakan akuan bersumpah oleh ahli-ahli parlimen Umno dan kerjasama dengan ahli parlimen dari pembangkang untuk memberi sokongan majoriti kepada undi tidak percaya itu.

Dalam pada itu, Abdul Rahman juga berkata, Najib masih boleh bertahan sebagai Perdana Menteri kerana ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak masih memberi sokongan sepenuhnya kepada kepimpinannya itu.

"Bila dia datang ke Sabah, dia banyak mendengar daripada bercakap. Ada PM yang datang ke Sabah, dia banyak cakap daripada mendengar, malah dia banyak mengatur.

"Ya, ahli parlimen Sabah dan Sarawak akan berada di belakang PM," katanya lagi.

0 comments:

share2