14.9.15 - Lebih 800 pelajar Kolej Ikip serta 200 sukarelawan melancarkan program IM4U di Felda Panching Timur yang membabitkan gotong royong membersihkan kawasan, pencegahan denggi serta mengecat taman permainan dan melukis mural.
Eksekutif program IM4U Mohamad Nurafiq Mohd Zainal berkata ia adalah sebahagian daripada program yang diadakan serentak di seluruh negara. Di Pahang ia diadakan di Felda Panching Timur dan Anak Yatim Permata Camar.
Adun Panching, Mohd Zaili Besar berkata program IM4U mengeratkan hubungan ramai penduduk Felda dengan pelajar IPT sementara pelajar pula berpeluang merasai kehidupan di masyarakat Felda.
0 comments:
Post a Comment