Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 1, 2015

KEPALA TUMBUH TANDUK, WARGA EMAS PERLU RAWATAN




Seorang wanita yang juga warga emas yang tinggal di Guiyan, wilayah Sichuan kini memerlukan rawatan untuk membuang tanduk yang tumbuh di kepalanya.

Penyakit aneh serta ganjil itu telah dihidapnya sejak beberapa tahun lalu. Tanduk yang pada asalnya tidak kelihatan dikatakan telah membesar dari tahun ke tahun sehingga mencecah 12 cm di atas kepalanya.


Doktor mempercayai tanduk yang tumbuh di kepala wanita yang berusia 87 tahun itu berasal daripada keratin yang terkumpul serta dipadatkan yang dikatikan dengan luka malignan atau pramalignan.

Tanduk berkenaan boleh dibuang melalui pembedahan namun ahli keluarga wanita tersebut menolak kaedah tersebut kerana faktor usianya.

0 comments:

share2