Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 30, 2015

HAIRAN PEMIMPIN MCA DIAM


Hairan pemimpin MCA diam


Kuala Terengganu - Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki hairan dengan sikap pemimpin MCA yang sehingga kini tidak memberi kenyataan mengenai tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang memutuskan hubungan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Badrol Hisham berkata, tindakan Pemuda MCA Bahagian Pasir Gudang itu tidak wajar dan merosakkan semangat setia kawan yang merupakan asas kekuatan dalam BN.

"Saya hairan kenapa pemimpin MCA berdiam diri dan tidak ambil tindakan ke atas Pemuda MCA Bahagian Pasir Gudang sedangkan kita sangat menantikan apa tindakan MCA terhadap sayap parti itu.

"Tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang itu langsung tidak mencerminkan semangat setia kawan dan alasan memutuskan hubungan kerana (Datuk Seri) Najib menyokong himpunan baju merah adalah tidak adil," katanya.

Katanya, Najib tidak pernah mengutuk Himpunan Bersih 4.0 dan Himpunan Rakyat Bersatu (himpunan baju merah) pula bukan bersifat perkauman, sebaliknya hanya menzahirkan solidariti kaum Melayu serta tidak mengancam mana-mana pihak.

"Himpunan baju merah tidak timbulkan kekecohan apatah lagi menggugat keamanan, menjejaskan perniagaan atau bersifa rasis. Ia hanya menzahirkan penyatuan kaum Melayu," katanya.

"Sepatutnya ada dalam kalangan pemimpin MCA, sama ada presiden, timbalan dan ahli jawatankuasa kerja beri kenyataan. Mereka sepatutnya lebih sensitif dalam isu ini," katanya.

0 comments:

share2