Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 8, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : RAZALI ALIAS MEMFITNAH DIFACEBOOK?



Di media sosial, banyak spekulasi dibuat mengenai kemalangan udara helikopter yang melibatkan antaranya alahyarham TS Jamaluddin Jarjis. Tanpa mengira dosa pahala mereka khususnya penyokong pembangkang terus membuat tohmahan, tuduhan dan andaian yang membawa kepada prasangka buruk.

Mungkin kita berbeza pandangan politik sesama kita dan mungkin seseorang itu jadi musuh politik kita, namun apabila ianya menginggal dunia, apakah wajar bagi kita untuk terus memburuk-burukkannya? Roh yang telah kembali kepada Allah, biarlah Allah saja yang menentukan baik dan buruknya serta dosa dan pahalanya.

Namun apa yang berlaku kepada penyokong pembangkang tidaklah demikian. Tanpa rasa segan dan silu, hanya untuk menjadi wira dalam media sosial mereka menimbulkan pelbagai persepsi kepada mangsa kemalangan berkenaan.

Ketika Nik Aziz meninggal dunia, penyokong BN tidak pula mencerca sebarang perbuatan allahyarham semasa hayatnya. Inilah perbezaan ketara akhlak diantara penyokong kerajaan dan penyokong pembangkang yang perlu kita perhatikan. Mungkin mereka merasakan bahawa mereka berhak diatas segalanya termasuk hidup dan mati orang lain. Dan mereka merasakan bahawa merekalah ditempat yang benar dan penghuni syurga.

Dibawah ini Tok Awang 'copy paste' status dari seorang pencacai politik pembangkang yang tidaklah lebih baik dari mereka yang difitnahnya. Bagaimanakah pada ketika dia mati nanti? Mungkin akan Allah beri balasan dengan fitnah yang lebih berat lagi untuk ditanggung anak cucunya kelak. Siapakah yang lebih tahu mengenai wanita yang dikatakannya itu selain Allah? 




Mungkin pihak berkuasa perlu mengambil tindakan serta menahan pemilik akaun facebook berkenaan dibawah akta apa sekalipun kerana kebiadaban sebegini tidak harus dibiarkan dan beliau tidak patut terlepas begitu saja. Kita tahu dimana untuk mencarinya.


Tok Awang Selampit.



0 comments:

share2