Makkah - Lebih 1,000 jemaah haji telah dipindahkan dari sebuah hotel di Makkah selepas kebakaran berlaku di salah sebuah daripada bilik hotel berkenaan, menurut pihak berkuasa pertahanan awam Arab Saudi.
Kebakaran bermula di tingkat 16 sebuah bangunan 20 tingkat di kawasan kejiranan Aziziya di sini semalam.
Memetik Al Jazeera, sekurang-kurangnya dua jemaah cedera dalam kejadian itu.
Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mendedahkan hotel tersebut.
Kemalangan itu berlaku beberapa hari selepas kren tumbang di Jumaat lepas, membunuh sekurang-kurangnya 111 jemaah dan mencederakan lebih daripada 390.
0 comments:
Post a Comment