Georgetown - Anggota polis terpaksa memecahkan jeriji dan pintu papan sebuah kondominium yang dihuni wanita warga asing dipercayai menjadi pelayan pelanggan (GRO) malam semalam.
Sekumpulan wanita warga Thailand itu enggan membuka pintu walaupun diketuk beberapa kali kira-kira jam 9 malam.
Difahamkan, selepas pintu dipecahkan, terdapat tiga wanita warga Thailand di bilik berasingan yang sedang menunggu pelanggan.
Menurut sumber, selepas memeriksa rumah yang terletak di Batu Uban itu, polis menjumpai lapan keping kondom yang belum digunakan, tiga botol pelincir dan dua gulung tisu.
“Anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang (IPK) menahan empat wanita warga Thailand berusia 23 dan 24 tahun dalam Ops Noda itu," katanya.
Polis turut menyerbu sebuah lagi rumah lagi di kondominium sama pada jam 10.15 malam dan menahan menahan tiga GRO warga Thailand.
Difahamkan, ketika serbuan, ketiga-tiga wanita berusia lingkungan 19 hingga 37 tahun itu sedang bersiap menunggu pelanggan.
“Polis merampas 12 keping kondom yang belum digunakan, empat botol pelincir, buku catitan, tiga gulung tisu dan tiga helai tuala," katanya.
Kesemua wanita warga asing itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 55 (B) Akta Imigresen 1969/63, dan Seksyen 39 (B) Peraturan Imigresen 1969/63.
0 comments:
Post a Comment