Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 30, 2015

[KUANTAN] LAWATAN KERJA EXCO PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN KE CHERATING DAPAT MAKLUMBALAS POSITIF




29.9.2015 - Lawatan kerja Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahanag, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin ke kawasan Cherating mendapat maklumbalas positif daripada pengusaha pelancongan dan penduduk tempatan dalam meningkatkan perkhidmatan pelancongan di sana.

Sempena lawatan kerja itu, Dato' Sri Sharkar sempat mengadakan dialog dengan pengusaha pelancongan selama lebih sejam bagi mengenalpasti masalah serta tindakan yang harus dilakukan oleh pihak Kerajaan Pahang sebagai persediaan Tahun Melawat Pahang 2017.

Dato' Sri Sharkar serta rombongan dari Pelancongan Pahang, Kementerian Pelancongan serta pihak berkuasa tempatan menaiki kenderaan ATV melawat kawasan pelancongan Cherating bagi melihat sendiri keadaan  di sana.

Menurut beliau antara masalah yang dikenalpasti adalah mempastikan pembinaan fizikal pengusaha tempatan tidak menganggu keselesaan orang awan, menyediakan pengangkutan awan dari Kuantan ke Cherating serta menyediakan kemudahan awam lain seperti lampu limpah di tempat awam supaya lebih banyak aktiviti boleh dilakukan dibelah malam.

Dalam majlis dialog dengan pengusaha pelancongan tempatan, pihak pengusaha tempatan setuju meneruskan kesinambungan budaya perkampungan di Cherating seperti perusahaan batik dan memetik kelapa menggunakan monyet. Sementara Kerajaan Pahang akan membiayai kos untuk kursus kepada pengusaha tempatan yang berminat.


Video Klip:





0 comments:

share2