Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 2, 2015

BOM BANGKOK: SUSPEK WANITA DICARI


Wanna Suansan


Bangkok - Seorang suspek wanita dicari untuk membantu siasatan berkenaan kejadian pengeboman di Bangkok, bulan lepas.

Menurut kenyataan polis kepada CNN, peralatan membuat bom ditemui di sebuah rumah yang diserbu semalam di Minburi.

Polis juga menyiarkan foto seorang suspek wanita Thailand dan fotofit seorang suspek lelaki yang tidak dikenali.

Suspek wanita berkenaan, Wanna Suansan, 26, berasal dari Phang Nga.

Ibu suspek berkenaan memberitahu bahawa anak perempuannya 'meninggalkan Thailand dua bulan lepas untuk hidup bersama suaminya di Turki', kata seorang pegawai polis, Kolonel Saharat Saksilapachai.

Sumber polis memberitahu Wanna menafikan sebarang penglibatan dalam kes pengeboman tersebut dan polis percaya beliau akan memberikan kerjasama.

Setakat ini, tiada pihak tampil dan mengaku bertanggungjawab keatas kejadian pengeboman tersebut.

0 comments:

share2