Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 1, 2015

AKHIRNYA..`MAT SABU & THE GANG' UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PAS




Akhirnya, setelah beberapa bulan menimbulkan spekulasi berkenaan penubuhan parti baru oleh pemimpin ‘terbuang’ dari PAS, ia menjadi kenyataan pada 31 Ogos lalu.

Dalam satu sidang media yang dibuat semalam, salah seorang pelopor Gerakan Harapan Baru (GHB), Mat Sabu mengumumkan secara rasmi bahawa mereka telah keluar dari PAS.

Namun sehingga kini, hanya enam ahli parlimen mengesahkan kedudukan mereka dalam parti tersebut walaupun ia diramalkan akan disertai oleh 21 ahli parlimen dari parti Islam itu.



“Apabila menyertai parti baru, mengikut perlembagaan secara automatik akan terkeluar dari parti asal.

“Setakat ini ada enam ahli parlimen yang akan sertai kita. Saya ramalkan semua 21 ahli parlimen akan masuk. Perkara itu akan dibincangkan kemudian, “ ujarnya memetik sumber The Rakyat Post.

GHB kini bergerak atas platform Parti Pekerja Malaysia, tetapi ia bakal ditukar kepada Parti Amanah Negara (PAN) bergantung kepada kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Tambahnya lagi, menjelang pelancaran secara rasmi kewujudan parti tersebut 16 September depan, pihaknya menyasarkan ia bakal menarik penyertaan 35,000 ahli.

“Kami akan terus beri kerjasama kepada kerajaan sedia ada di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

“Kami yakin dasar Islam parti ini akan dapat sokongan orang Islam dan bukan Islam kerana sifatnya yang inklusif.”

1 comments:

  • Anonymous says:
    September 1, 2015 at 6:59 PM

    Mari kita cuci BERSIH2 PAS buang segala kekotoran najis dan kemunafikan yang ada. Jangan risau Ulamak masih berpegang teguh pada perjuangan Tok Guru.

share2