Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 27, 2015

TERAKAM GAMBAR POCONG DI RUMAH TOK SU?




Seorang pensyarah terkejut sehingga tidak dapat tidur lena selepas melihat satu entiti aneh seakan pocong dalam gambarnya yang dirakam seorang rakan ketika melawat sebuah rumah tradisional Melayu yang dikenali sebagai Rumah Tok Su.

Gambar itu dikatakan dirakam kira-kira sekitar jam 12 tengah hari di kawasan rumah warisan Melayu yang terletak di Alor Setar, Kedah.

Menurut pemilik gambar tersebut, Mohd Zaidi Mahmud, pada awalnya dia tidak menyedari kehadiran lembaga berkenaan namun hanya perasan sejurus melihat semua gambar tersebut selepas pulang ke rumah.

“Mulanya saya hanya melihat gambar tersebut sekali imbas dan kemudiannya memuat naik dalam akaun Facebook pada petang selepas pulang dari rumah berkenaan.

“Sebelum tidur saya sekali lagi melihat gambar-gambar yang diambil tengah hari tadi (semalam) dan terperanjat selepas saya meneliti di jendela yang berada di hujung sekali ada lembaga seakan pucong sedang merenung keluar dari tingkap di situ,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, dia tidak menafikan kewujudan makhluk itu disebabkan pelbagai kejadian sama pernah didakwa berlaku di rumah Tok Su.

Difahamkan, rumah Tok Su sudah berusia lebih 80 tahun dan dijadikan tarikan pelancongan ketika zaman Tan Sri Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah.

Keistimewaan rumah ini terletak pada kehalusan ukiran bunga kerawang dan ruang-ruangnya iaitu beranda, rumah ibu, anjung, ruang tengah, selang, dapur dan pelantar.

0 comments:

share2