Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 27, 2015

[MARAN] WARGA EMAS OKU TERIMA RUMAH PPRT


Warga emas OKU terima rumah PPRT


Nasib sepasang suami isteri warga emas orang kurang upaya (OKU) di Kampung Sentosa yang memerlukan kediaman baharu terbela, apabila menerima bantuan rumah PPRT daripada pihak kerajaan.

Kaki kiri bekas veteran tentera tidak berpencen itu, Yahaya Yaakob, 60, dipotong akibat kencing manis manakala isterinya hilang upaya berjalan kerana diserang penyakit saraf.

Yahaya berkata, rumah kayu usang yang mereka diami sekarang adalah atas ihsan anak sedara tanpa sebarang bayaran sewa.

Katanya, lapan anak mereka iaitu tiga daripadanya masih belajar di universiti dan tidak tinggal bersama, namun selalu pulang menziarahi.

“Perbelanjaan harian kami bergantung pada bantuan Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM), sara hidup veteran tidak berpencen dan saham Felcra.

“Kaki kiri saya dipotong di paras bawah lutut dan kaki kanan pada bahagian jari kerana kencing manis.

“Isteri pula hanya mampu mengesot termasuk untuk ke bilik mandi selepas kedua-dua belah kaki hilang upaya bergerak,” katanya.

Yahaya berkata, dia bersyukur apabila permohonan untuk memiliki kediaman lebih baik mendapat perhatian pemimpin setempat, namun tidak lagi berpindah kerana jalan masuk ke halaman rumah baharu itu belum diperbaiki.

0 comments:

share2