Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 5, 2015

PESAWAT MENDARAT CEMAS SELEPAS KEHABISAN MINYAK


Pesawat mendarat cemas selepas kehabisan minyak

Amsterdam - Sebuah pesawat penumpang yang dalam perjalanan dari China ke London terpaksa mendarat cemas selepas kehabisan minyak.

Penerbangan CZ303 milik China Southern Airways diarahkan untuk menukar laluan bagi mengelakkan latihan ketenteraan China selepas berlepas pada jam 9.30 pagi waktu tempatan dari Gangzhou, selatan China.

Difahamkan, akibat dari lencongan laluan itu, pesawat tersebut tidak mempunyai bahan bakar yang cukup untuk membuat pendaratan ke Heathrow dan menyebabkan pesawat tersebut terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam.

Memetik laporan Mirror.uk, jumlah penumpang yang berada dalam penerbangan itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

0 comments:

share2