Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 5, 2015

PEKERJA PERKAPALAN DIKHUATIRI LEMAS


Lemas


Melaka - Seorang pekerja sebuah syarikat perkapalan di sini dikhuatiri lemas ketika cuba membaiki kapal di perairan Selat Melaka berhampiran Masjid Selat di Pulau Melaka di sini, petang semalam.

Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Melaka Kamarulzaman Mohd Din berkata mangsa dipercayai seorang lelaki warga Indonesia berusia 30-an hilang ketika menyelam dalam kejadian kira-kira 1.30 petang.

Beliau berkata pasukan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.57 petang dan tiba di tempat kejadian pukul 2.11 petang.

"Operasi (mencari mangsa) melibatkan 14 anggota dengan sebuah jentera FRT (Fire Resque Tender), bot kevlar, lori angkut dan unit EMRS (Emergency Medical Retrieval Service).

"Pencarian telah dilakukan unit skuba dan mangsa masih gagal ditemui," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Kamarulzaman berkata operasi mencari dan menyelamat diberhentikan pada pukul 6.30 petang dan disambung semula pada pukul 7 pagi hari ini.

0 comments:

share2