Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 5, 2015

LAGI OBJEK DIPERCAYAI ADA KAITAN MH370 DITEMUI


Lagi objek dipercayai ada kaitan MH370 ditemui


Pasukan penyiasat dilaporkan menemui beberapa objek yang dipercayai milik pesawat MH370 yang hilang Mac tahun lalu.

Memetik laporan Channel News Asia, seorang pegawai kumpulan penyiasat Malaysia yang tidak dinamakan mengesahkan pasukannya menemui beberapa objek yang ditemui di pesisiran pantai Saint Andre dan diserahkan kepada pakar Perancis.

Pegawai menemui beberapa objek kecil berwarna putih di kawasan yang sama beberapa penduduk menemui sayap pesawat Boeing 777 Khamis lepas. 

“Kami berjalan di pantai untuk mencari apa-apa yang berkemungkinan boleh membantu dalam penyiasatan itu.

"Kita tidak tahu sama ada ia mempunyai kaitan dengan pesawat MH370," kata pegawai tersebut.

Pasukan Malaysia telah berada di pulau itu sejak Sabtu dan terus melaporkan kepada pihak berkuasa Perancis.

Sumber

0 comments:

share2