Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 24, 2015

NASIB PENDUDUK KAMPUNG MUTIARA BELUM PASTI


Nasib penduduk Kampung Mutiara belum pasti


Batu Feringghi - Lebih 1,000 penduduk Kampung Mutiara di sini berkumpul sejak semalam bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap pemilik tanah yang dilaporkan akan mengosongkan perumahan kampung tersebut hari ini.

Kelihatan Ketua Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon berada bersama penduduk bagi menenangkan mereka.

Ahmad berkata, pihaknya sedang berusaha untuk memujuk pemilik tanah untuk menangguhkan tindakan meroboh kesemua rumah penduduk di Kampung Mutiara.

Sementara itu, Zairil turut menyatakan tindakan yang sama iaitu meminta untuk diadakan satu perbincangan dengan pemilik tanah bagi mencari penyelesaian yang tidak memihak kepada mana-mana pihak.

Zairil berkata, Kerajaan Pulau Pinang akan menyediakan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sekiranya penduduk masih diarahkan keluar dari kampung berkenaan.

0 comments:

share2