Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 1, 2015

(KUANTAN) PADAH ROGOL KANAK-KANAK


Padah rogol kanak-kanak


Akibat menghidu gam dan bertindak melepaskan hawa nafsunya ke atas seorang kanak-kanak, seorang lelaki menerima padah apabila Mahkamah Sesyen Kuantan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dengan enam sebatan, di sini, semalam.

Tertuduh yang berusia 21, dari Felda Chini didakwa mengaku bersalah di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia lapan tahun yang merupakan anak kepada jirannya , ketika ibu bapa tertuduh tiada di rumah.

Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu pasar malam, di dakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Felda Chini 3 di antara jam 4.00 petang hingga 4.30 petang, 20 Julai lepas.

Berdasarkan fakta kes, dalam kejadian pada hari raya keempat kira-kira jam 4.00 petang mangsa bersama adiknya berusia empat tahun berjalan kaki dari rumah ke kedai membeli makanan ringan.

Namun sekembalinya dari kedai, dalam keadaan menangis dan ketakutan mangsa memberitahu ibunya bahawa dia telah ditahan sewaktu pulang dari kedai ketika melintasi rumah tertuduh, mangsa telah ditarik masuk ke dalam rumah dan dibawa ke dalam sebuah bilik lalu dirogol.

Selepas itu, mangsa berjaya melarikan diri bersama adiknya yang telah menyaksikan apa yang berlaku ke atas mangsa.

Susulan daripada kejadian tersebut, ibu mangsa telah membuat laporan polis dan membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaan lanjut.

Tertuduh berjaya ditangkap pada hari yang sama, 20 Julai lepas lebih kurang jam 5.45 petang.

Dalam pada itu, ketika prosiding Timbalan Pendakwa Raya, Wahidah Zainal Abidin memohon agar hukuman berat dikenakan kepada tertuduh.

Dengan itu, Zainal berkata, mahkamah mengambil kira kepentingan mangsa melebihi kepentingan tertuduh dan juga adik mangsa yang trauma selepas menyaksikan perlakuan tertuduh terhadap kakaknya menjatuhkan hukuman bermula dari tarikh tangkap.

0 comments:

share2