Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 3, 2015

JANGAN BIMBANG PUAK PEMBANGKANG


Shahidan Kassim


Kajang - “Ini masalah dalaman parti tapi sekarang yang pakat duduk menyibuk orang luar parti (pembangkang), kenapa perlu menyibuk...mereka bukan sokong Umno pun,” demikian tegas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata, krisis yang berlaku sekarang ini tidak mungkin memberi kesan kepada keputusan pilihan raya umum akan datang kerana akan diselesaikan dengan baik.

“Masalah dalaman parti harus diselesaikan secara dalaman, orang luar kenapa menyibuk... mereka bukan sokong Umno pun, niat depa (mereka) supaya BN tidak lagi memerintah negara ini ,”katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Hulu Langat,semalam.

Shahidan tidak menafikan wujud kegelisahan dalam sebahagian puak Umno terhadap krisis yang berlaku kini.

Katanya, golongan itu tidak perlu bimbang kerana Umno sedang menyusun barisan menghadapi puak pembangkang.

“Jangan bimbang puak pembangkang... tidak lari gunung dikejar, pilihan raya berikutnya Umno akan menang cemerlang, jangan cakap banyak ,”katanya.

Beliau dalam pada itu meminta Pemuda supaya tidak salah faham, sebagai orang Melayu katanya golongan itu perlu memastikan kuasa kekal di tangan pemerintah orang Melayu.

0 comments:

share2