Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 3, 2015

[BERA] MB PAHANG SAMPAIKAN SURATAN HAK MILIK PENEROKA FELDA







Seramai 763 peneroka Felda Rentam, Felda Mengkuang, Temangau 1 dan 2 menerima suratan hak milik yang disempurnakan sendiri oleh YAB Menteri Besar Pahang pagi tadi di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera.

Menurut DSDR Adnan Yaakob, suratan hak milik @ geran tanah berkenaan tidak boleh dipindah milik kecuali kepada waris 'kadim'. Bagaimanapun, kerajaan sedia menimbangkan sekiranya geran berkenaan hendak dicagarkan bagi tujuan untuk modal perniagaan.

Menteri Besar juga mengingatkan para peneroka pandangan jauh kerajaan terdahulu ketika membangunkan Felda dalam menyediakan tapak kehidupan serta peluang ekonomi kepada rakyat dari pelbagai negeri.

Menjawab mengenai kelewatan pemberian geran kepada peneroka, YAB Menteri Besar memaklumkan antara penyebabnya adalah pembayaran balik yang belum selesai serta masalah teknikal yang sememangnya mengambil masa yang lama.

Pada tahun 2015, sudah seramai 1,609 peneroka menerima geran masing-masing. Seramai 179 orang dari Felda Krau 1, seramai 359 dari Lepar Hilir 2, dan 308 orang dari Felda Keratong 10 sementara seramai 763 dari Daerah Bera; Felda Mengkuang - 99, Felda Rentam - 134, Felda Tembangau 1 - 277 dan Tembangau 2 - 253 orang.

Menurut YAB Menteri Besar , UMNO Pahang dengan mendapat pandangan Presiden dan Timbalan Presiden tidak menghalang mana-mana bahagian UMNO dalam menjemput TS Muhyiddin Yassin dan DS Shafie Afdal serta mana-mana Ahli Majlis Tertinggi bagi merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian masing-masing.

Dalam soal 1MDB, YAB Menteri Besar menasihatkan semua pihak terutama ahli UMNO supaya menunggu hasil siasatan. Beliau juga mengingatkan tentang adany campurtangan kuasa asing dengan bantuan pihak tertentu bagi mewujudkan keadaan tidak tenteram dikalangan rakyat dalam usaha menguasai negara melalui 'financial warfare' dan 'regim change'




0 comments:

share2