Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 16, 2015

BAHAN KIMIA DITEMUI, PENDUDUK DIARAH PINDAH


Bahan kimia ditemui, penduduk diarah pindah


Beijing -  Pihak berkuasa China, semalam mengarahkan pemindahan penduduk di kawasan dalam lingkungan 3 kilometer dari lokasi letupan gudang di Tianjin susulan penemuan bahan kimia berbahaya.

Arahan itu dikeluarkan selepas pihak berkuasa mengesahkan sodium sianida ditemui berhampiran lokasi kejadian di zon perindustrian tersebut.

Agensi berita Xinhua melaporkan penduduk ditempatkan di sekolah yang dijadikan sebagai pusat penempatan sementara juga dinasihatkan supaya memakai topeng muka dan seluar panjang apabila berada di luar bangunan sebagai langkah berjaga-jaga.

"Pasukan khas terdiri daripada 217 pakar bahan biokimia dan nuklear telah dikerah ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan lanjut," menurut laporan itu lagi.

Sebelum ini, pihak berkuasa mengesahkan kehadiran kalsium karbida, kalium nitrat dan sodium nitrat, namun mereka menegaskan bahawa kesemua bahan tersebut tidak memberi kesan kepada kualiti udara dan sumber air di kawasan sekitar. 

Dalam perkembangan berkaitan, angka kematian dalam insiden itu dilaporkan telah meningkat kepada 85 orang termasuk 21 anggota bomba, lapor al-Jazeera.

0 comments:

share2