Banyak yang Tok Awang perhatikan di media sosial yang berlaku dalam minggu ini. Benarlah bahawa media sosial sudah menjadi 'makanan' harian kita.
Cerita Satu: Kisah seorang ayah yang menaiki motor dari Sepang bersama 3 anaknya untuk berhari raya di Pulau Pinang tiba-tiba jadi viral. Ramai yang simpati dengan kesusahan bapa berkenaan meskipun beliau sendiri redha dan menganggapnya sebagai suratan hidup tanpa merasa apa-apa. Akhirnya ada insan berhati mulia yang sedia 'mensedekahkan' sebuah kereta terpakainya 'Proton Iswara' kepada bapa berkenaan.
Bukan senang juga bapa berkenaan untuk menerima pemberian tersebut kerana dia bukanlah jenis meminta-minta. Akhirnya atas desakan kuat pemberi berkenaan dan atas alasan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak, beliau menerima pemberian berkenaan.
Demikianlah peranan media sosial menyampaikan berita kepada masyarakat dan beruntungnya kita kerana dalam keadaan kehidupan yang semakin mencabar ini masih ada insan yang berhati mulia dan sanggup berkongsi kesenangan dengan insan lain yang dalam kesusahan.
Cerita Dua: Dua orang yang dituduh mencuri lembu telah ditangkap dan dipukul dengan kejamnya. Bahkan juga dipaksa memakan najis lembu. Beginikah sikap masyarakat kita sekarang ini dan dimanakah perikemanusiaan kita serta dimanakah undang-undang dan pihak berkuasa?
Kita hasrus melihat insiden ini dari 2 sudut berbeza. Satu, suspek pencuri yang telah ditangkap patut segera diserahkan kepada pihak polis untuk dibicarakan dan menerima hukuman. Bukan kita yang menentukan kesalahan seseorang dan bukan juga kita yang menghukum mereka.
Memukul dan mendera serta menyeksa suspek bukan tugas kita. Perkara sebegini mesti disekat dan jangan dibiarkan berterusan dan berulang lagi. Apa kata jika suspek yang kita sangka mencuri itu benar-benar tidak bersalah? Apa hak kita untuk mengelar tangan suspek dan memaksa mereka memakan najis lembu? Apakah masyarakat kita sudah semakin hilang akal dan budi bicaranya?
Cerita Tiga: Adun Kuala Sentul kehilangan 'bannner' jamuan hari rayanya akibat kemungkinan dicuri seseorang atau perbuatan sabotaj. Apakah kita juga perlu bertindak sebagaimana penangkap suspek pencuri lembu itu? ... mengikat suspek di tempat 'banner' digantung atau menambahkan seksa dengan menambahkan sarang semut kerengga ditubuhnya serta dibiarkan sehari semalam sebagai hukuman kerana mencuri 'banner' berkenaan? Sudah hilang akalkah kita?
Apapun, Jamuan Hari Raya Adun Kuala Sentul YB Dato' Shahaniza Shamsuddin akan diadakan pada 31hb ini bermula jam 8.00 malam di Jengka 3. Insyallah Tok Awang akan datang bersama anak cucu untuk bersama memeriahkan majlis berkenaan. Selain makan lemang dua tiga potong, boleh lah juga Tok Awang menyumbangkan dua tiga lagu dari suara Tok yang dah sememangnya sumbang ini....
Tok Awang Selampit.
0 comments:
Post a Comment