Kota Kinabalu - Pengambilan khidmat jurulatih luar semata-mata bagi meningkatkan corak prestasi permainan pasukan bola sepak negara adalah tidak perlu, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, meskipun sekiranya khidmat jurulatih luar digunakan dalam membentuk pasukan bola sepak yang kuat namun perkara itu belum tentu menjamin perubahan pada corak permainan pasukan negara.
Katanya, peningkatan prestasi permainan negara mungkin boleh dilihat sekiranya pasukan bola sepak sedia ada bersara dan diganti dengan pemain-pemain muda baharu.
"Cara mereka (pasukan sekarang) bermain hambar. Kita tunggu mereka bersara baru kita bina pasukan baharu dari kalangan Harimau Muda," katanya kepada pemberita di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment