Puak Pakatan Pembangkang ni nampak gayanya dah tak de kerja lain dah sekarang ni. Dok sepak orang tu, tampar orang ni je dah kejenya.
Tapi yang ditampar dan ditempeleng tu semua dikalangan diorang sendiri je. Dah di bantainya beramuk sesama dia pulak dah sekarang ni.
Orang ni kata macam tu, orang tu kata macam ni pulak. Maklum la, semua otak penipu belaka. Habis semua benda nak dipusing - pusingkannya.
Baru - baru ni, si Azmin Ali menafikan beliau gagal dalam ujian sistem KPI yang dibuat oleh partinya sendiri. Kata dia, dia sendiri pun tak tahu pun ada sistem tu dalam parti.
Maka hari ni muncul la bos kesayangan dia, Si Ketua Penipu tu untuk 'back -up' kenyataan anak emas dia yang dibuat sebelum ni.
Dia pun turut mengesahkan bahawa sistem KPI seperti yang dilaporkan itu tidak wujud. Jadi macam mana boleh ada laporan, kata beliau.
Tapi lain pulak kata Tian Cuak. Kata dia, sistem tu ada untuk memerhati sokongan rakyat terhadap wakil rakyat PKR. Kalau mereka jatuh dibawah 'par', maka kemungkinan mereka akan digugurkan sebagai calon dalam PRU akan datang.
Tian Cuak tu walaubagaimana pun menyatakan bahawa nama yang disebut sebelum ini tidak terlibat dalam sistem tersebut dan laporan mengenai mereka memang tidak ada.
Aik, kenapa pulak diorang tak terlibat? Ada 'double-standard' jugak ke dalam sistem KPI parti PKR ni? Kata diorang memperjuangkan keadilan. Tapi nama - nama besar tak termasuk dalam sistem KPI, kenapa? Adil menda jadahnya.
Sebelum ini pun si Fuziah Salleh tu kata sistem tu dia yang buat pada tahun 2009. Masa tu katanya dia jadi Pengarah Latihan PKR.
Yang peliknya, dia yang buat, tapi nama dia sendiri tak de. Padahal dia lagi teruk dalam menjalankan tugas. Sampaikan ada pengundi dia sendiri pun tak kenal siapa dia.
Mungkin sebab tu la Si Ketua Penipu tu kata diorang tak perlu ada kabinet bayangan. Nak ada kabinet bayang buat apa kalau dah semuanya tak buat kerja.
Kalau ada pun sistem tu pun bagus jugak. Sekurang - kurangnya dapat jugak dia pantau perkembangan wakil - wakil rakyat mereka sama ada buat kerja atau tidak.
Tapi kalau dah dia sendiri pun tak buat kerja, apa gunanya? Buat malu muka je. Sebab tu la dia kata benda tu tak wujud. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Post a Comment