Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 24, 2011

TAKLIMAT AHMAD MASLAN DI JENGKA 23



Datuk Ahmad Maslan di Sidang Akhbar mengenai lawatan PM di Jengka 23




Petang tadi (23.2.2011, Datuk Ahmad Maslan dalam sidang akhbarnya di Balai Raya Jengka 23, memberikan taklimat mengenai rangka jadual kawatan YAB Perdana Menteri pada 27hb Februari nanti ke Felda Jengka 22, 23 dan 25.

Berhubung dengan PRK DUN Kerdau, beliau juga memaklumkan bahawa 57 peratus undi dalam DUN Kerdau adalah datangnya dari 3 Peti undi Jengka berkenaan manakala 43 peratus lagi datangnya dari 10 peti undi lainnya.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa dalam ucapan Mat Sabu dalam kempennya, merayu pengundi Merlimau memberikan undi kepada Pas atas alasan Pas tidak mampu bersuara sebagai pembangkang kerana ketiadaan kerusi didalam DUN Melaka. Bagaimanapun, Ahmad Maslan menegaskan bahawa tidak perlu undi simpati diberikan kepada Pas bagi DUN Merlimau kerana suara Pas sebagai pembangkang sepatutnya boleh didengar melalui 'sahabatnya' DAP. (Sila klik untuk baca lagi)

Sumber: DUN Kerdau

0 comments:

share2