Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 24, 2011

MANA KEBEBASAN BERSUARANYA???

Nampak sangat la puak - puak pembangkang ni jelas berlidah cabang. Cakap tak serupa bikin. Macam biawak je diorang ni.

Kalau bercerita, mau runtuh bumbung dewan. Bumi pun boleh bergegar. Tapi malangnya, semua bohong belaka. Tipu helah diorang je semata - mata.

Konon mereka memperjuangkan kebebasan bersuara. Kebebasan Media dan sebagainya. Tapi bila kena batang hidung sendiri, mula 'sempa' muka. Mula 'songeh' je masing - masing.

Hari tu, si Faekah Husin sibuk pertikaikan penerbitan akhbar Selangor Terkini. Kali ni, puak - puak Pakatan Haram tu sibuk racun pemikiran pendidik di sekolah pulak.

Katanya, pihak sekolah mendapat tekanan dan bantahan dari kumpulan Pendidikan Cina serta Parti Pembangkang berikutan isu akhbar percuma Utusan Malaysia.

Dek sebabkan tekanan itu, pihak sekolah terpaksa menukar keputusannya untuk menerima sumbangan akhbar tersebut.

Kata Pengerusi Lembaga Sekolah SRJK (C) Semambu, Kuantan, sekolah tersebut pada asalnya memang mahu menerima akhbar tersebut bagi tujuan meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu dikalangan pelajarnya.

Tapi sebab dah asyik ditabur racun oleh puak - puak pakatan haram ni, keputusan yang baik itu  terpaksa ditarik balik.

Kononnya bagi mereka, pelajar tidak seperti orang dewasa. Tak dapat nak membezakan laporan dalam akhbar Utusan tu. Lazimnya kata dia, laporan Utusan tu semuanya berat sebelah dan bersifat perkauman.

Apa salahnya kalau pelajar - pelajar tu baca akhbar tersebut? Dah niat diorang nak baca untuk meningkatkan kemahiran bahasa Melayu. Biar je la diorang baca.

Yang diorang nak takut tak tentu arah kenapa? Bukan pelajar tu nak kisah sangat pasal isi kandungan surat khabar tu.

Yang pentingnya, susunan ayat, tatabahasa dan pengunaan ayat yang betul. Supaya pelajar - pelajar tu tau nak susun ayat dalam karangan.

Dulu masa Semut belajar pun macam tu jugak. Baca, tulis dan faham. Bahasa Inggeris, baca News Strait Times atau The Star. Baru boleh mahir.

Ini tidak. Kata kebebasan media la, kebebasan bersuara la. Kalau dah main sekat - sekat macam ni, bebas menda jadahnya? Menipu belaka kerja dioarang ni. Ceit!!! Pigidah!!!

0 comments:

share2