Shah Alam – Mungkin boleh dikatakan individu paling malang dalam episod kali ini ialah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib atau dulunya lebih glamor disebut sebagai Mat Taib ‘Mike Tyson‘.
Mantan pemimpin UMNO Selangor itu dikatakan tidak sampai dua tahun menyertai Pas, namun kini sudah dipecat gara-gara aktif dengan kumpulan pemisah Pas yang dikenali Gerakan Harapan Baharu (GARU).
Menurut portal politik AgendaDaily, keputusan itu dibuat Pas Selangor pada Isnin apabila mengumumkan penamatan keahlian beberapa anggota parti itu kerana didapati terlibat secara terang dengan GARU.
Antara yang dikatakan hadir pada majlis pelancaran GARU oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Anggota Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud.
Turut hadir menyokong penubuhan GARU yang digerakkan oleh kumpulan progresif Pas atau G18 pada Isnin itu ialah bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad selain Muhammad Muhd Taib.
Majlis pengumuman GARU itu juga dihadiri oleh calon tunggal yang tewas kepada Presiden Pas, Ahmad Awang; bekas Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat dan bekas Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.
Selain itu anak bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Nor dan Datuk Dr. Yusuf Rawa iaitu masing-masing Faiz Fadzil dan Mujahid Yusuf turut dilihat hadir untuk memberi sokongan mereka.
Mengulas lanjut, Setiausaha PAS Selangor, Mohd. Khairuddin Othman dilaporkan berkata, tindakan pemecatan keanggotaan mereka adalah dilaksanakan mengikut Fasal 13(1)(c) di bawah Perlembagaan Pas.
“Pas Selangor mengambil maklum tentang penubuhan parti politik baharu ini yang mana sebahagian besar daripada ahli jawatankuasa mereka adalah bekas anggota kita di negeri Selangor sendiri.
“Kita menghormati keputusan mereka dan ini sekali gus turut menamatkan keanggotaan mereka dalam Pas,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan itu dan dipetik oleh AgendaDaily.
Sehubungan itu, Mohd. Khairuddin berkata, kesemua jawatan yang dipegang bekas anggota berkenaan akan dipangku serta-merta oleh kepimpinan yang lain mengikut kaedah biasa perlembagaan parti.
HILANG DAH KOPIAH PUTIH PAK LEBAI NI.. SEKARANG BEBAS DAH NAK BUAT APA JE.. ULAMAK DAH TAK DA..
Bukan semua yang pandai itu bijak. Bila nafsu sudah menguasaqi diri. Segala tindakan hanya bersandarkan kepada kepuasan diri.