Ia ekoran banyak tindakan dua pihak berkuasa tempatan negeri itu amat jelas diskriminasi tanpa pernah tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga Cina yang terang-terang melanggar peraturan dan menjejaskan aliran lalu lintas.

Guan Eng kemudiannya memohon maaf kepada Jahara tetapi hanya untuk gelaran ‘nenek’, namun beliau tetap menyifatkan Jahara sebagai seorang yang rasis kononnya hanya berjuang untuk kepentingan peniaga Melayu.

Dalam saman fitnah itu, Jahara turut memohon perintah injunksi untuk menghalang Guan Eng daripada berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya selain mahu perkara berkenaan tidak berulang.

Bagi kes itu, Jahara diwakili peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunos. Ini merupakan kes pertama Guan Eng kalah dalam saman dikemukakan lawan politiknya yang lantang memperjuangkan nasib Melayu negeri tersebut.