Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 30, 2015

NENEK RUPA-RUPANYA PEMBUNUH BERSIRI




Rusia – Jika dilihat kepada rupanya, nenek ini kelihatan seperti orang tua biasa tetapi siapa sangka dia merupakan pembunuh bersiri.

Tatiana Samsonova, 67, mengaku telah membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dengan mayat mereka telah dikerat dan dipotong di bandar St Petersburg.

Pengakuan itu ditulis oleh Tatiana di dalam diari dengan pembunuhan berkenaan diakui dilakukannya sejak dua dekad lalu. Dia akan memotong kepala mangsa dan mengerat mayat mereka.

Rahsia bekas pekerja hotel itu terbongkar selepas mayat seorang lelaki berusia 79 tahun yang dijaganya ditemui.

Polis kini meneliti semula kes-kes yang belum diselesaikan sejak 20 tahun lalu.

Turut ditemui di rumahnya ialah kad perniagaan seorang lelaki yang mana mayatnya yang dikerat ditemui di jalan yang sama, 12 tahun lalu. Dalam diarinya, Tatiana turut menulis mengenai tatu lelaki tersebut.

Salah seorang lagi mangsa dipercayai suaminya, dilaporkan hilang pada 2005. Suaminya itu bagaimanapun tidak pernah ditemui sama ada hidup atau mati.

Selepas ditangkap, Tatiana memberitahu polis bahawa dia merupakan bekas aktres dan pernah mempelajari balet.

0 comments:

share2