
Kota Kinabalu - Mayat seorang pelajar perempuan yang dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Aru Satu, semalam, ditemui kira-kira pukul 4.50 petang semalam.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata mayat Dayang Tiara
Norman, 14 ditemui di Pantai Tanjung Aru Tiga kira-kira 1.5 kilometer dari tempat kejadian.
"Jarak mayat ditemui dari pantai kira-kira 300 meter dan masih berpakaian lengkap," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen untuk dibedah siasat.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.35 petang semalam itu, mangsa bersama tujuh rakannya sedang mandi di laut sebelum mangsa dihanyutkan arus yang deras.
Operasi menyelamat ditamatkan kira-kira jam 5.16 petang.

0 comments:
Post a Comment