Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 29, 2015

KANAK-KANAK 4 TAHUN 'KAHWINI' JURURAWAT


Kanak-kanak 4 tahun 'kahwini' jururawat


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun mengambil keputusan untuk mengahwini seorang jururawat lelaki yang merawatnya.

Abby Sayles memberitahu niatnya untuk mengahwini, Matt Hickling, 29, iaitu jururawat di Melodies Center, Childhood Cancer and Blood Disorder di Albany Medical Center di mana Abby mendapatkan rawatan kimoterapi semenjak disahkan mengidap Leukemia Oktober tahun lalu.

Menurut ibunya, Renne Sayles, dia terkejut dengan permintaan anaknya itu tetapi kemudiannya memberitahu niat Abby kepada lelaki berkenaan.

"Untuk merealisasikan impian anaknya itu, sebuah upacara 'perkahwinan' diadakan di hospital di mana kanak-kanak itu mendapatkan rawatan.

"Ini sahaja yang dipintanya atas segala keperitan yang dilalui anaknya," katanya.

Sementara itu, Matt berkata, perkahwinan adalah momen yang hebat bersama dengan keluarga dan semua orang yang hadir. 

"Saya berharap Abby akan melihat kembali majlis itu apabila dia sudah dewasa dan ia menjadi kenangan dalam hidupnya," katanya dipetik Standard Daily.

Video perkahwinan tersebut ditonton oleh 20 juta tontonan selepas dikongsi di laman Facebook WNYT News Channel 13.

0 comments:

share2