Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 29, 2015

EDITOR : JANGAN MENSABOTAJ NEGARA



Tan Sri Muhyiddin digugurkan dalam satu rombakan kabinet yang dibuat petang semalam. Berbagai pandangan dan teguran dari masyarakat. Berbagai persepsi dan spekulasi juga. Namun hakikatnya ianya adalah satu proses biasa dalam pentadbiran sesebuah negara demokrasi.

Tun M sewaktu Perdana Menteri dahulu pernah menyingkirkan bukan satu tapi beberapa Timbalan Perdana Menteri dan rakyat boleh menerimanya. Tidak ada kita dengar banyak desus desas kerana ketika itu kita tidak ada media sosial.

Ketika DS Anwar Ibrahim digugurkan, terdapat banyak bantahan dari rakyat dan penyokongnya. Mungkin kerana ada yang tidak percaya bahawa beliau meliwat, namun bagi mereka yang percaya beliau memang meliwat menganggapnya adalah satu kewajaran.

TS Muhyiddin Yassin pastinya tidak akan berbuat sebagaimana DS Anwar Ibrahim, pasti tidak ada bantahan secara tunjuk perasaan. Bukan sahaja kerana ianya bukan prinsip hidup TS Muhyiddin yang akan memusnahkan parti yang dianggotainya. mentelah lagi beliau hanya digugurkan dari kabinet, disingkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan bukannya dari jawatan Timbalan Presiden Parti.

Selain itu, TS Muhyiddin Yassin juga dikenali tiada berpengikut setia sebagaimana DS Anwar Ibrahim, yang pengikut setianya sanggup untuk berdemonstrasi dan baring-baring di jalan raya sebagai penyataan bantahan mereka.

Di laman media sosial, pihak pembangkang terus menangguk di air keruh dengan menghasut TS Muhyiddin supaya bersama mereka mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri bertujuan menjatuhkan DS Najib.

Sudah pastilah TS Muhyiddin tidak akan melakukan itu melainkan mendapat isyarat dari 'GodFather'nya terlebih dahulu yang juga pasti tidak akan tega melakukannya.

Yang menghairankan tentang pembangkang ini adalah; merekalah yang sering mengutuk Hassan Malek sebagai namun apabila beliau disingkirkan mereka seolah-olah berjuang membelanya pula. Jelas bahawa niatnya buruk, hanya tidak suka kita melakukan apa-apa, pasti akan mereka bantah.

Kita akan terus memberikan sokongan kepada DS Najib selaku Perdana Menteri Malaysia untuk menakhodai negara dan dalam menentukan arah yang bakal kita tujui bersama. Kepada mantan dan mereka yang sudah bersara dari politik bersamalah memberikan bantuan atau jangan jadi pengkhianat dan mensabotaj.


Editor.


0 comments:

share2