Dungun - Dua lelaki tempatan, Mohd Sabrie Kamaruddin, 22 dan Mohammad Syahril Asmadi Yusoff,22 dipercayai hanyut dibawa arus apabila bot fiber yang mereka naiki karam dalam satu kejadian di Muara Kuala Dungun, di sini, petang semalam.
Kedua -dua mangsa dipercayai turun ke laut untuk memancing tetapi bot yang dinaiki karam tetapi mereka sempat berpaut pada pelampung sebelum dihanyutkan arus.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa setelah menerima panggilan kira-kira jam 3.20 petang.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan oleh empat anggota bomba menggunakan sebuah bot dan dibantu nelayan tempatan di sekitar lokasi kejadian.
Kejadian juga sudah dimaklumkan kepada Akademi Penguatkuasa Maritim Malaysia.
Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dipercayai selamat apabila salah seorang mangsa masih berhubung dengan kakaknya menggunakan telefon pada jam 5.30petang.
Berdasarkan maklumat kepada kakaknya, mangsa dipercayai sudah hanyut ke perairan Marang serta pasukan dari Balai Bomba dan penyelamat Marang turut dikerahkan untuk mengesan mereka.
0 comments:
Post a Comment