Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 2, 2015

CAMERON HIGHLANDS : LAGI KES BOGEL ATAS GUNUNG




Sebelum ini, tindakan tidak senonoh sekumpulan pelancong asing yang berbogel di atas Gunung Kinabalu telah mencetuskan amarah masyarakat setempat.

Namun seakan seperti trend pula, kini berlegar di laman sosial beberapa keping gambar menunjukkan kelibat seorang lelaki mengambil gambar bogel di atas Gunung Irau yang terletak di Cameron Highlands, Pahang.

Tidak dapat dipastikan sama ada dia merupakan pelancong tempatan atau asing, namun gambar tersebut kini giat kongsikan di media sosial.

Menerusi gambar, lelaki berkacamata itu dilihat mengambil beberapa keping gambar dirinya berlatar belakangkan bendera Malaysia dan papan tanda bertulis Brinchang 2.35KM.

Dia turut menggayakan pelbagai aksi dalam keadaan bogel termasuk menutup bahagian sulitnya dengan papan tanda Gunung Irau.

Perbuatan seperti ini amatlah tidak senonoh dan seakan ingin menaikkan kembali isu melibatkan pelancong asing berbogel di Gunung Kinabalu.

0 comments:

share2