Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 16, 2015

TIDAK SEMPAT PINDAHKAN WANG


Tidak sempat pindahkan wang


Serdang - Niat seorang ahli perniagaan untuk memindahkan wang tunai berjumlah RM200,000 dikeluarkan dari sebuah bank di Seri Kembangan di sini tidak kesampaian apabila mereka disamun empat lelaki bersenjatakan parang, tengah hari, semalam.

Menurut sumber, mangsa mengeluarkan duit dari sebuah bank di Seri Kembangan untuk didepositkan di sebuah bank lain di Taman Bukit Serdang.

Mangsa, seorang lelaki dan rakannya berusia lingkungan 40-an mengeluarkan duit di bank pertama yang dikunjungi kira-kira jam 12 tengah hari.

Selepas itu, kedua-duanya menuju ke bank kedua yang terletak beberapa kilometer dari lokasi bank pertama menaiki sebuah kereta jenis BMW yang diletakkan di petak parkir depan premis bank.

”Sebaik keluar dari keretanya mangsa didatangi empat lelaki yang kemudian mengacukan parang ke lehernya kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Mangsa diarah menyerahkan wang tunai berjumlah RM200,000 dalam beg yang dibawa. Bimbang dicederakan, mangsa menuruti arahan suspek,” katanya.

Keempat-empat suspek terbabit kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Saga.

0 comments:

share2