Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 2, 2015

PELARIAN ROHINGYA LAYAK DAPAT DUIT ZAKAT




KUANTAN - Kutipan wang zakat di negara ini boleh digunakan untuk membantu pelarian Rohingya kerana mereka termasuk dalam kategori 'ar-Riqab', salah satu golongan asnaf. 

Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata 'ar-Riqab' bermaksud' seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri' yang berada dalam posisi kelima yang berhak menerima zakat, selepas fakir, miskin, amil, dan mualaf. 

"Pasa zaman dahulu, 'Riqab' dikategorikan kepada golongan hamba yang tertindas, namun pada masa kini, ia boleh digunakan kepada pelarian Rohingya kerana mereka juga tertindas dan menerima tekanan daripada pemerintah negara mereka," katanya. 

Abdul Rahman bercakap kepada pemberita selepas menganggotai panel pada 'Persidangan Zakat Dalam Pembangunan Peringkat Kebangsaan 2015' anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, Isnin .

Persidangan tersebut turut dihadiri Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan Timbalan Mufti Brunei Datuk Paduka Seri Setia Awang Suhaili Mohiddin. 

Sementara itu, Mohamad Shukri berkata pelarian Rohingya juga berhak menerima zakat di bawah kategori 'Ibnus Sabil' iaitu musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negara yang mendatangkan pulangan yang baik kepada umat Islam. 

Sehubungan itu, katanya Malaysia selaku negara Islam mempunyai kewajipan untuk membantu golongan itu atas dasar semangat kemanusiaan dan satu agama, katanya. 

"Bagaimanapun, kita tidak boleh begitu bergantung kepada wang zakat. Apa yang lebih utama adalah sedekah kerana (kutipan) zakat adalah terhad. Sedekah itu berpanjangan," katanya.


Sumber


0 comments:

share2