Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 2, 2015

NAZMI FAIZ DIGANTUNG 6 PERLAWANAN


Insiden meludah Nazmi jadi viral


Pemain tengah skuad Bawah 23 (B-23) negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor sah terlepas baki saingan acara bola sepak pada temasya Sukan SEA 2015 yang sedang berlangsung di Singapura.

Pemain Selangor itu yang sebelum ini digantung dua perlawanan, terpaksa menempah 'tiket awal' pulang ke tanahair.

Ia berikutan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenakan penggantungan enam perlawanan akibat kesalahan meludah pemain Timor Leste pada aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Bishan, Singapura, Sabtu lepas.

Hukuman berkenaan disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi entri terbarunya di laman Facebook, hari ini.

"Rasmi: J/kuasa Tatatertib AFC memutuskan Nazmi Faiz Mansor digantung enam perlawanan kerana meludah pemain Timor Leste Sabtu lalu," demikian menurut FAM.

Tindakan Muhammad Nazmi Faiz meludah pemain Filipe Oliveira pada minit ke-31 perlawanan menyebabkan beliau dibuang padang oleh pengadil, Chuan Hui Foo dari Singapura, sekali gus menjejaskan rentak skuad negara yang terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Pada perlawanan tersebut, skuad Harimau Muda bimbingan Datuk Ong Kim Swee sekadar menang tipis 1-0 hasil jaringan D. Saarvindran pada minit ke-11.

0 comments:

share2